Cara Mudah Belajar 1 : Google

Enjin Pencari seperti Google atau Yahoo adalah perisian yang direkabentuk khusus untuk mencari maklumat di Internet.

Cara Mudah Belajar 2 : Youtube

Youtube merupakan laman web yang membenarkan pengguna membuat perkongsian video.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Isnin, 19 September 2011

Internet dan HTML

Pengenalan

Internet merupakan media yang tercanggih pada abad ke 21 dan kepentingan media ini tidak dapat disangkal. Satu saluran maklumat pantas merentas sempadan negara dan memasuki ceruk rantau dunia. Dunia semakin kecil, maklumat boleh diterima dalam beberapa saat sahaja.

Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

Internet pada hakikatnya telah lama wujud dan berkembang serta digunakan oleh ramai penyelidik untuk bertukar laporan dari serata benua Eropah. Idea asal WWW (World Wide Web) dalam internet telah berjaya dihasilkan oleh seorang ahli fizik bernama Tim Berners-Lee yang bertugas di CERN, Pusat Teknologi Nuklear Eropah sekitar tahun 1989. WWW mempunyai bahagian yang berkait rapat antara satu sama lain untuk menjadikan Internet media yang dikenali ramai. Bahagian yang dimaksudkan adalah URL, Pelayar Web, Bahasa Aplikasi dan Enjin Pencari.

URL

Lokasi setiap laman yang tertera pada ruangan address dikenali sebagai URL (Uniform Resource Locator). URL ini merujuk kepada lokasi pelayan web dengan gabungan alamat domain dan lokasi fail web yang dipisahkan dengan tanda '/'.

Contoh alamat MARSAH -- > http://www.marsah.edu.my

Pelayar Web (Web Browser)

Pelayar web merupakan perisian untuk membolehkan capaian kepada dokumen web yang berada di Internet. Pelayar web yang pertama bernama Mosaic dicipta oleh Tim Berners Lee. Pada ketika itu pelayar web hanya mampu memaparkan kandungan teks sahaja. Tetapi kini, segala telah berubah kerana terdapat pelbagai ciri - ciri multimedia seperti video, audio dan sebagainya.

Bahasa Internet

Bahasa HTML (Hyper Text Markup Language) merupakan contoh bahasa Internet yang mula diperkenalkan pada tahun 1989.HTML berperanan membina rupabentuk laman web untuk diperlihatkan kepada pengunjung. HTML merupakan text plain dengan menggunakan sambungan '.htm' atau '.html'

Kod HTML adalah tidak sensitif terhadap huruf besar atau huruf kecil. Terdapat empat tag yang asas dalam pembinaan dokumen HTML.
  1. <html> kod yang mesti ada untuk setiap dokumen HTML
  2. <head> bahagian yang mula - mula dibaca oleh pelayar web
  3. <title> bahagian tajuk laman web
  4. <body> bahagian memaparkan isi kandungan laman web
Contoh
<html>
<head>
<title>Hai Dunia</title>
</head>
<body>
Selamat Berkenalan dengan HTML
</body>
</html>

Fungsi Kod-kod HTML

1.Memasukkan warna latarbelakang
<body bgcolor='nama_warna'>

2. Memasukkan baris baru
<br>

3. Memasukkan warna tulisan
<font color='red'>Warna Merah</font>
Warna Merah
Selain warna merah anda juga boleh menggunakan warna-warna lain.

4. Senarai bullet
<ol type="square">
<li> Ahad </li>
<li> Isnin </li>
<li> Selasa</li>
</ol>

Contoh:
  1. Ahad
  2. Isnin
  3. Selasa
5. Senarai bernombor
<ul type="circle">
<li> Ahad </li>
<li> Isnin </li>
<li> Selasa</li>
</il>

Contoh:
  • Ahad
  • Isnin
  • Selasa
6. Masukkan warna latarbelakang
<body bgcolor='nama_warna'>

7. Masukkan gambar
<img src='nama_fail.gif'>
*Format bagi gambar biasa yang digunakan *.bmp, *.jpg, *.gif

8. Membuat jadual
<table border='1'>
<tr>
<td>1</td><td>2</td>
</tr>
<tr>
<td>1</td><td>2</td>
</tr>
</table>

Contoh

12
12

*Bagi table td merrupakan table data iaitu ruangan bagi mengisi maklumat seperti teks atau imej. Manakala tr merupakan table row. Ingat kembali format table dalam Ms Word.

Jumaat, 9 September 2011

Pendaftaran Blogspot dan E-mail

Perhatian kepada semua ketua kumpulan kelas Syariah dan Pendidikan Islam semester 1 anda dikehendaki mendaftar satu akaun blog dan e-mail bagi melengkapkan tugasan terakhir projek berkumpulan.

Berikut adalah senarai tajuk mengikut kelas:-

Syariah - Syarikat telekomunikasi

DPI Kelas 1 - Syarikat TV

DPI Kelas 2 - Kedai/Syarikat

DPI Kelas 3 - Syarikat Kenderaan

*Perhatian:-
1. Sila gunakan nama yang sesuai untuk alamat blog kumpulan anda.

2. Contoh nama blog yang BETUL

Jika nama kumpulan anda Syarikat ABC, maka nama blog anda ialah abc.blogspot.com

3. Contoh nama blog yang DILARANG

Jika nama kumpulan anda Syarikat Permata Islam,alamat blog bolasepak.blogspot.com

Sila klik untuk mendaftar > Blog

Jika tiada e-mail, sila klik untuk mendaftar > Email
Related Posts with Thumbnails